Jun 11, 2007

::monolog jiwa::

Lama betul....

Apa yang lama betul?

Dah lama aku tak menangis?

Menangis? Biar betul? Nape plak ko nak menangis?

Iyelah, macam dah tak sedar diri rasanya.

Lah, tadi menangis. Ni tak sedar diri plak...tak paham aku.

Yelah, menangis tu buat aku sedar diri.

Ko nak sedar diri akan apa?

Aku nak sedar tentang aku dan kehidupan yang berdosa.

[Huh?? Sudah. Berdosa pulak dia ni] Ko buat ape?? Bunuh orang?

Tak...

Abis tu??

Berdosalah. Banyak dah dosa aku. Rasa kikir hati, sampai aku tak mampu nak menangis dan rasa menyesal.

[Ouhh] Langsung??

Jadi, aku rasa susah hati sekarang ni. Aku rasa hati aku macam tengah kronik. Patut masuk bengkel, kena repair dan bagi masuk minyak hitam. Tambah power.

Mak aih..macam tu sekali?

Iyelah, kau ingat ape?? Aku rasa dengan menangis jelah aku dapat kembali melihat siapa aku, lihat apa tujuan aku lahir ke dunia ni? Dapat menjadi diri aku yang suci.

Kau dah tak suci ke??

Hoi. Kau ni tak tau analogi ke?

Upppsss...sorry. Aku gurau. Iya aku faham. Susah cakap dengan orang seni ni. Ada je perumpamaannye. [Kui kui] So???

So, aku nak buat diriku menangislah.

Oh, senang je tu. Meh aku debik ko sekali. Sure nangis punye.

Dia ni...

Alah gurau. Erm, menangislah. Kalau kau rasa itu akan buat kau...

Ya, menangis akan buat aku rasa bersih dan dekat dengan Tuhan. Kau tahu kan ketenangan dan bahagia itu dekat dengan Tuhan? Ketenangan dan airmata itu akan buat diri manusia jadi pasif dari dosa. Akan buat manusia enjoy buat pahala. Akan buat manusia menjaga hubungan dengan Tuhan, dengan sesama manusia. Tiada sangka buruk, tiada umpat dan sakit hati. Tenang...

Fuh, mulalah dia ni. Falsafah. Lagi??

Kau tahu, bila menangis ni aku rasa release. Aku rasa seronok. Aku rasa pampered. Akan ada rasa kecil dan malu dengan satu kehebatan. Aku akan sedar bahawa aku hanya seorang hamba. Aku perlukan Tuhan agar aku ada petunjuk. Yelah, hati aku ni dah keras sampai tak mampu nak filter sifat dan tabiat. Main hentam je. Jadi, mazmumah dan penuh. Langsung aku rasa sakit. Tak tenteram..

Emmmm....

Kau tahu, aku akan rasa cemerlang, baik dan sihat bila aku dapat buat sungguh-2 segala kewajipanku. Dengan kamil. Aku taknak semberono. Aku nak jadi 'abid yang baik.

Iya...

Dan, aku mahu Tuhan selalu letakkan ketenangan dalam hati aku ni. Aku doakan ada Nur untuk menyuluh hidayah yang samar-samar. Aku masih takut membuat dosa, aku tak mahu lagi terus kecundang. Apalah berguna jika berjaya dalam akademik, dalam hidup, tapi akhlak dan agama aku teruk? Solat lintang pukang. Tak ade guna pun. Nanti kat Akhirat kena hisab, aku taknak masuk neraka. Nanti kena siksa...

Oppsss....cukup-cukup. Kau dah buat aku takut dan berdebar-debar. Eh, kau menangis?

Aku rindukan Tuhan. Aku mahu pulang pada jalan yang benar dan damai.

Yelah..yelah. Jom, aku pun nak ikut..

2 comments:

Anonymous said...

haah la....betul gak tu.Kite kene menangis..kalo tak hati nih jd keras.dewasa ni...jarang menangis.it's difficult....

Mentor_ulung said...

dulu abu bakar juga pnah berkeluh macam ni, sampai dipaks dirinya utk menangis...

..dgn menangis akan menjatuhkan nafsu dan ego yg selalunya tinggi:(